TAJUK:
Sejarah dan Kegiatan Masjid Abu Bakar As-Siddiq,Bangsar.
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151
DISEDIAKAN OLEH:
Nur Sheneera Jane Bt Che Ahmad Shariffuddin
No Matrik : 2010694046
Kumpulan: ASD2Cn
PROGRAM:
Diploma Sains
TARIKH HANTAR:
28 February 2011
ISI KANDUNGAN
-Tajuk
-Isi Kandungan
-Abstrak
-Pendahuluan
-Pengertian masjid
-Sejarah masjid
-Struktur masjid
-Kemudahan masjid
-Aktiviti masjid
-Bibiliografi
ABSTRAK
Masjid Saidina Abu-Bakar As-Siddiq yang terletak di Bangsar merupakan sebuah pusat Islam bagi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan ini.Masjid ini mempunyai banyak kegunaannya.Selain dijadikan sebagai tempat beribadah,masjid ini juga menyediakan tempat untuk menjalankan majlis-majlis ilmu yang menarik dan dapat memberi manfaat kepada semua kaum muslimin dan muslimat.Kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh masjid ini dapat memberi banyak ilmu dan pengetahuan baru tentang Islam kerana ilmu-ilmu yang disampaikan adalah daripada tokoh-tokoh Islam yang disegani pada zaman ini.Suruhan Allah adalah kita sebagai manusia hamba kepadaNya hendaklah menuruti perintahNya untuk menjaga dan memelihara dengan baik masjid di muka bumi ini supaya kita mendapat keberkatan di dunia dan diakhirat.Oleh itu,melalui pengupasan sejarah dan kegiatan Masjid Saidina Abu-Bakar As-Siddiq ini dapat memberi kesedaran sedikit sebanyak kepada umat Islam sedunia betapa berharganya masjid.
PENDAHULUAN
Sebagai sebuah negara Islam,masjid dijadikan satu simbol agama yang dipandang mulia dan suci.Allah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa masjid adalah tempat yang dipandang mulia di sisiNya dan pelbagai janji ditebarkan jika sesorang itu mendirikan atau membangunkan sebuah masjid.Masjid atau biasanya dipanggil sebagai rumah Allah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang terletak di Bangsar,Kuala Lumpur adalah salah satu masjid yang menjadi pusat umat Islam yang menetap di sekitar kawasan ini.Oleh itu,sejarah pembinaan dan kegiatan masjid ini yang menarik itu haruslah dikupas supaya kita lebih mengenali masjid kita dan merangsang diri untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
PENGERTIAN MASJID
Masjid pada bahasanya bermaksud tempat sujud.Dari segi istilah pula masjid adalah tempat yang dipersiapkan untuk digunakan untuk solat lima waktu secara berjemaah oleh kaum muslimin.
Dalil Al-Quran dari surah Al-Baqarah menyatakan:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَاجِدَ اللّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا أُوْلَـئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَا إِلاَّ خَآئِفِينَ لهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
Sabda Nabi saw meriwayatkan bahawa "Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah, pasti Allah dirikan baginya satu rumah yang sepadan di syurga." menunujkkan bahawa masjid adalah sebuah tempat yang sangat mulia di sisi Allah dan ia diibaratkan sebagai rumahNya.Dalil dari hadis sahih Al-Bukhari dan Muslim juga menyatakan perkara yang sama.
Jelas sekali dinyatakan bahawa masjid adalah sesebuah tempat yang harus dipelihara dan dijaga dengan baik.
SEJARAH MASJID
Sejarah pembinaan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini bermula pada tahun 1976 apabila masyarakat muslim yang menduduki kawasan di Bangsar,Kuala Lumpur ini menyuarakan pendapat mereka tentang pembinaan sebuah masjid kerana belum ada masjid dibina di kawasan ini.Setelah beberapa perbincangan dan pembentangan idea telah dilakukan akhirnya ia diterima oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pembinaan masjid ini dipersetujui dengan kuat pada 25 November 1977. Cadangan pembinaan masjid ini telah diwakilkan untuk dibentang dalam mesyuarat bersama YB Datuk Othman Abdullah,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 27 November 1977 dan hasil mesyuarat itu sebuah struktur organisasi pembinaan masjid telah ditubuhkan. Sumber dana yang diperolehi untuk membina masjid ini adalah melalui kutipan derma yang diadakan di dalam kawasan Bangsar ini sendiri dan juga di sekitar Kuala Lumpur. Hasil kutipan derma yang diterima adalah lumayan iaitu sebanyak RM700,000. Setelah memperolehi dana yang cukup lumayan ini projek pembinaan masjid ini menjadi lebih kukuh dan tanpa dilengah-lengahkan lagi ia diserahkan terus kepada pihak kerajaan untuk dinaiktaraf. Akhirnya projek pembinaan masjid ini berjaya dimasukkan sebagai salah satu projek dalam Rancangan Malaysia yang ke-3. Pada 18 Julai 1980, secara rasminya tapak pembinaan telah diterima oleh pihak kontraktor. Penentuan arah kiblat masjid pula telah dilakukan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada ketika itu iaitu S.S Datuk Sheikh Abdul Mohsein bin Hj Salleh pada 24 Ogos 1980. Seterusnya proses pembinaan masjid ini bermula pada September 1980 dan upacara perletakan batu asas dilakukan pada 23 November 1980 oleh YB Datuk Amar Hj Abdul Taib bin Mahmud yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan pada ketika itu. Pembinaan masjid ini tamat pada Mac 1982 dan setelah itu ia diserahkan secara rasminya kembali kepada pihak kerajaan yang diterima oleh YB Pemangku Dato' Bandar Kuala Lumpur yang juga memegang jawatan Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan pada 29 Mac 1982. Akhirnya pembukaan rasmi Masjid Abu Bakar As-Siddiq ini dilakukan pada 15 Julai 1982 dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
STRUKTUR MASJID
Struktur masjid ini telah dibina dengan baik demi memberi keselesaan kepada masyarakat awam untuk menjalankan semua aktiviti keagamaan atau ilmiah di sini. Memandangkan masyarakat muslim di Bangsar meningkat dari tahun ke tahun, masjid ini telah dibesarkan dan kini masjid ini boleh dipenuhi dengan kapasiti sebanyak 3,500 orang. Pembinaan sebuah masjid semestinya mempunyai kubah,menara serta gapura-gapura di mana ia menjadi identiti senibina sebuah masjid,walaupun dalam pembinaan Masjid Saidina Abu-Bakar As-Siddiq ini ada diselitkan ciri-ciri moden tetapi dengan adanya identiti ini ia masih mudah untuk dikenali sebagai sebuah masjid.Masjid ini telah dibina dengan menara setinggi 43.3m,kubah yang besar memiliki 16.6m garis pusat dan 24m tingginya dari lantai Dewan Sembahyang Utama masjid ini.Peredaran udara ke bahagian dalam masjid juga adalah mudah kerana pintu masjid ini dibina daripada kayu jati. Masjid ini juga dicantikkan lagi pembinaannya apabila ayat-ayat suci Al-Quran seperti surah Al-Mukminun ayat 1 dan 2 serta terjemahannya yang diukir atas kayu jelutung dengan seni tulisan khat yang besar dilekatkan di bahagian atas arca mehrab bagi menghiasi dinding dewan sembahyang.Pada dinding dan jendela masjid pula dihiasi dengan ukiran tebuk kayu mengikut motif geometri seni Islam dan kerusii khatib juga tidak ketinggalan dihiasi dengan motif ukiran Islam yang setanding.
Masjid ini dibina setinggi 3 tingkat di mana tingkat aras bawah mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan. Tingkat 1 dan 2 masjid ini pula adalah dikhaskan untuk sembahyang. Dewan sembahyang utama masjid ini terletak di Tingkat 1 dan dewan sembahyang ini disediakan untuk kegunaan harian yang boleh memenuhi lebih daripada 1,000 orang.Ruang tambahan juga dibina iaitu pada bahagian balkoni yang berlantai marmar yang boleh memuatkan lagi 1,250 jemaah.Ruang tambahan ini dibina supaya masjid ini boleh menampung jumlah jemaah yang lebih ramai ketika sembahyang Jumaat. Jika keluasan bahagian dewan sembahyang ini tidak mencukupi,dataran di luar bagunan masjid juga boleh digunakan bagi memuatkan jumlah jemaah masjid ini.
Masjid ini juga mempunyai ruang letak kereta sebanyak 52 buah,sebuah bagunan dibina diluar bagunan masjid digunakan sebagai tandas tambahan dan juga tedapat 3 unit rumah kakitangan masjid.
KEMUDAHAN MASJID
Kemudahan-kemudahan yang boleh di dapati di aras bawah bahagian masjid ini adalah seperti:
AKTIVITI MASJID
Masjid ini sering menjalankan aktiviti-aktiviti secara besar-besaran dan sambutan yang memberangsangkan diterima.Aktiviti di MSABA ini tidak sahaja terbuka kepada penduduk di sekitar kawasan Bangsar tetapi juga kepada sesiapa yang ingin menghadiri aktiviti yang dijalankan.Antara aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan ialah:

Gambar di atas adalah pejabat masjid bagi Masjid Saidina Abu-Bakar As-Siddiq. Pejabat ini diduduki oleh ketua imam dan kakitangan-kakitangan masjid untuk menjalankan mesyuarat dan fail-fail penting tentang masjid di simpan dengan rapi di sini.
Masjid Saidina Abu-Bakar mempunyai 3 buah dewan syarahan yang terletak di aras bawah masjid ini.Dewan syarahan ini digunakan untuk menjalankan bengkel-bengkel atau ceramah yang dianjurkan oleh masjid ini.Selain itu dewan syarahan ini juga digunakan semasa waktu pagi dan petang semasa Sekolah Agama Rakyat dijalankan seperti adakalanya ia dijadikan sebagai dewan peperiksaan untuk mereka atau kelas akan dijalankan di sini kerana kekurangan bilik darjah.
Masjid ini juga menyediakan sebuah perpustakaan yang mempunyai pelbagai buku keagamaan seperti hadis-hadis,buku motivasi agama,ensiklopedia,majalah agama dan bermacam-macam lagi.
Bilik-bilik darjah juga dibina di aras bawah masjid ini di mana ia adalah bilik-bilik darjah untuk kanak-kanak yang bersekolah di sekolah agama rakyat ini.Bilik-bilik darjah di masjid lengkap dengan kerusi,meja,meja guru,kerusi guru,kipas,lampu dan papan putih untuk kegunaan semasa belajar.Jumlah bilik darjah yang terdapat di dalam masjid ini ialah 12 buah.
Kantin juga disediakan di dalam kawasan masjid untuk kemudahan pengguna-pengguna masjid ini.Kawasan kantin adalah luas dan meja dan kerusi disusun rapi untuk keselesaan orang ramai.Kebersihan di kantin ini juga dititik beratkan bagi menjaga nama baik masjid ini.
AKTIVITI MASJID
Masjid ini sering menjalankan aktiviti-aktiviti secara besar-besaran dan sambutan yang memberangsangkan diterima.Aktiviti di MSABA ini tidak sahaja terbuka kepada penduduk di sekitar kawasan Bangsar tetapi juga kepada sesiapa yang ingin menghadiri aktiviti yang dijalankan.Antara aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan ialah:
- Kursus Peningkatan Kualiti Imam / Bilal untuk para imam dan bilal surau-surau dibawah naungan pentadbiran MSABA pada 2 Mei 2010 di bawah Biro Dakwah dan Ibadah
- Bengkel Pengendalian Protokol Majlis dan Kaedah-Kaedah Membaca Doa yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Majlis Wanita Islam Masjid Bangsar.
- Hari Keluarga kakitangan Masjid Abu Bakar As-Siddiq
- Kuliah akan diadakan pada setiap hari dan penceramah ditugaskan mengikut jadual yang telah ditetapkan pada setiap minggu
- Sekolah Agama Rakyat dan tadika juga ada dibuka untuk di masjid ini.Tenaga pengajarnya adalah ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang memiliki ijazah dalm bidang agama.
- Kursus Asas Haji dan Umrah pada 26 Februari-18 Jun 2011
- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq pada setiap tahun
- Ceramah-ceramah bulanan dilakukan
- Kuliah dilakukan pada setiap hari yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang bertugas
PENUTUP
Kesimpulannya,Masjid Saidina Abu-bakar adalah masjid kurniaan Allah kerana pembinaannya tidak sia-sia di dunia ini.Masjid yang memiliki sejarah yang menarik dan segala kegiatannya yang berjaya dapat menarik perhatian seluruh umat Islam di dunia menyayangi masjid kita.Dengan adanya organisasi yang mantap dari mula tertubuhnya masjid ini,sehingga kini identitinya dapat dikekalkan dengan baik.Justeru,sejarah dan kegiatan masjid ini layak dijadikan sebagai contoh dan teladan kepada masjid-masjid yang lain untuk membangun dan menarik perhatian seluruh umat Islam di dunia supaya lebih menyayangi masjid dan dapat kita bersama-sama memelihara kesuciannya.Marilah kita bersama-sama selepas ini berkujung ke masjid dengan kerap supaya dapat megimarahkannya.
RUJUKAN
- Imam di Masjid Saidina Abu-Bakar As-Sidddiq: Ustaz Hj Zaid bin Hj Abdullah telah di temu ramah oleh saya